BAHARU DI PASARAN

Koleksi Blog
| Novel Merenang Gelora Tg3 (Sambungan 2) |
|
|
| Nota |
| Ditulis oleh Cikgu Zainudin |
| Rabu, 07 Disember 2011 07:52 |
|
Merenang Gelora Tg3 (Sambungan 2) 50mg tadalafilbuy cialis generic sildenafil buy cialis cheap (Ruslan bin Ngah) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Latar Latar Tempat Tepi tasik Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi.
Pondok kecil Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.
Rumah Badri Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.
Tempat menunggu bas Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.
Blok C bangunan sekolah Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan.
Tandas sekolah Contoh: Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.
Kelas 5 Bestari Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.
Kedai telefon bimbit Encik Tan Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai.
Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri.
Rumah Pak Alang Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan.
Kompleks beli-belah Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu.
Resort Jamil Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Latar Masa Pagi Contoh: Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong pada waktu pagi untuk sarapan mereka sekeluarga.
Waktu selepas rehat Contoh: Badri sebagai seorang pengawas sekolah, telah dibenarkan makan selepas waktu rehat kerana telah bertugas pada waktu rehat.
Selepas waktu persekolahan Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah selepas waktu persekolahan.
Hari Sabtu Contoh: Meng Kong telah membuka kedai dan membantu bapanya berniaga di kedai telefon bimbit bapanya iaitu Encik Tan.
Pukul 4.00 petang Contoh: Badri telah sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei.
Petang Contoh: Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor.
Latar Masyarakat Masyarakat yang prihatin terhadap anak Contoh: Encik Tan merelakan Meng Kong tinggal di asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan boleh mengubah perangainya untuk berjaya dalam peperiksaan.
Masyarakat yang bijak menguruskan masa Contoh: Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas.
Masyarakat pelajar yang rajin belajar Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.
Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas Contoh: Badri sebagai seorang pengawas melakukan rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi persekolahan.
Masyarakat guru yang tegas dan adil Contoh: Cikgu Jailani tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah disiplin murid supaya tidak ada murid yang teraniayai.
vi. Masyarakat pelajar yang terjebak dalam gejala sosial Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong telah terlibat dalam gejala sosial seperti melepak di kompleks beli-belah, menjual telefon bimbit yang dicuri dan bercampur dengan budak-budak motor.
Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah Contoh: Lokman dan Badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti Shahrul dan Kumar agar komplot penjualan telefon bimbit dapat dihapuskan di sekolah.
Masyarakat yang emosional Contoh: Shahrul cepat melenting apabila ditegur oleh rakannya-rakannya untuk kembali ke pangkal jalan.
Gaya Bahasa
Personifikasi Contoh: Ombak memukul pantai
Peribahasa Contoh: Macam pinang dibelah dua, Biar pecah di perut jangan pecah di mulut, Menang jadi arang kalah jadi abu
Pengulangan kata Contoh: Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau.
Kata ganda Contoh: mandi-manda
Simpulan bahasa Contoh: Buah mulut
Sinkope Contoh: Kau, Nak
Simile Contoh: Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besar , Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan kapal terbang
Hiperbola Contoh: Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri
Bahasa Asing (bahasa Inggeris) Contoh: Romeo rupa-rupanya, Understanding daripada kakak,Race
Pengajaran
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah. Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit.
Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan diri. Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan kerana mempunyai ilmu persilatan.
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan Contoh: Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain. Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya bahawa Badri tidak bersalah.
Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah. Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan telefon bimbit oleh Shahrul dan Meng Kong.
Kita janganlah terburu-buru ketika membuat keputusan. Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya.
Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan. Contoh: Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah.
Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami kesusahan. Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang sebelah.
Kita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani untuk menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi masalah tersebut disiplin anaknya.
Nilai
Nilai kasih sayang Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya dan tidak terjebat lagi dengan gejala sosial.
Nilai ketabahan Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan yang dihadapi olehnya.
Nilai kegigihan Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Nilai bertanggungjawab Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan anak-anaknya.
Nilai Prihatin Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi saying akan masa depan Nadira.
Nilai cinta akan seni warisan bangsa Contoh: Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.
Nilai keberanian Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial rakan-rakan di sekolahnya.
Nilai persahabatan Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari masing-masing.
Soalan
Nyatakan tema novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah.
Jelaskan tiga nilai yang terdapat dalam novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah
Jawapan
Tema novel Merenang Gelora ialah ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi cabaran hidup. Tema ini diserlahkan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas di sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.
Tiga nilai dalam novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah ialah nilai ketabahan. Contohnya, Badri tetap tabah dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-bagai dugaan,cemuhan,ugutan dan tindakan dihadapi. Nilai prihatin contohnya, En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial. Ketiga nilai sayang akan seni bangsa contohnya, Badri mempelajari seni pertahanan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.
|
DETIK-DETIK GEMILANG
09 - 11 Oktober 2012
15 - 16 Oktober 2012
(Ujian Bertulis)
Azbid



