Cemerlang Bahasa Malaysia

Menu Utama

  • Terkini
  • PMR
  • Motivasi
  • Karya Kreatif

BAHARU DI PASARAN

 
Anda Ingin Cemerlang dalam
 
Kertas Bahasa Malaysia (SPM) Tahun 2012.
 
Baharu di Pasaran:
 
Nota Ringkas
Teknik Menjawab Kertas 1 dan Kertas 2
Contoh Jawapan
Tips Menjawab
Soalan Ramalan
 
Harga: RM10.00
 
Belanja Pos: RM5
JUMLAH: RM15
Sesiapa yang berminat, sila e-mel: zbd_zd@yahoo.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
DAPATKAN SEGERA!!!! 
 
 
 
 

Pautan

  • Kementerian Pelajaran
  • Kedai Online HermeneutikaJaya

Koleksi Blog

  • Blog BMSPM Cikgu Zainudin
  • Blog Cikgu Abd Razak BM1
  • Blog Cikgu Abd Razak BM2
  • Blog Cikgu Zaki Bmspm.net
  • Blog Cikgu Ghalib Yunus
  • Blog Cikgu Hj Samad Buang
  • Blog Cikgu Taufiq
  • Blog Cikgu Khir Kassim
  • Blog Cikgu Monasrim
  • Blog Cikgu Azmi Misron
  • Blog Cikgu Tan C L
  • Blog Cikgu Jeffri
  • Blog Minda Sastera Bahasa
  • Blog BM Maya
  • Blog Alam Duniaku
  • Blog Bimbingan BM SPM
  • Blog Cikgu Azman
  • Blog Cikgu Anelyza
  • Blog Cikgu Chai
  • Blog Cikgu Bukharis
  • Blog Cikgu Suhaimi MRSM
  • Blog Cikgu Abd Razak (Novel)
  • Blog Cikgu Azam
  • Blog Cikgu Ishak Md Shah
  • Blog Cikgu Roosezah
  • Blog Cikgu Abd Razak (BM2b)
  • Blog Cikgu Nawi Ismail
  • Blog Cikgu Azhar
  • Blog Cikgu Mat Yusoff
  • Blog Cikgu Azemi
  • Blog Cikgu Nik Ahmarizam
  • Blog Cikgu Pak Anak Ksah
  • Blog Cikgu Mohd Nazir
  • Blog Cikgu Julis
  • Blog Cikgu Amin (Komsas)
  • Blog Cikgu Amin (Karangan)
  • Blog Cikgu Zanariah Abdol
  • Blog Cikgu Noorazman
  • Blog Kelas BmSPM
  • Blog Dr Ghazali Lateh
  • Blog Cikgu Ramli Yahya
  • Blog Cikgu Nursidah Ab Hamid
  • Blog Cikgu Mohd Azam

Sajak Keusangan Budaya Tg3 PDF Cetak
Nota
Ditulis oleh Cikgu Zainudin   
Rabu, 21 Disember 2011 10:19

Keusangan Budaya

cialis black50mg tadalafil acheter viagra click here
argaiv1042

(Roshilawati Razlan)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

 

 

MAKSUD SAJAK

 

Rangkap

Maksud

1

Penyajak menggambarkan ketika zaman dahulu masih terdapat gadis Melayu begitu bersopan santun dengan pakaian tradisional.

2

Pemuda pada zaman dahulu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka hutan. Pemuda pada zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang merdu dan mengasyikkan.

3

Walau bagaimanapun pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan budaya kemelayuan sejati. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak bersemangat.

4

Kini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik yang melambangkan kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian tradisional turut dipinggirkan.

5

Hanya golongan tua sahaja yang masih menjulang budaya lama.  Kini mereka hanya mampu mengenang sejarah kegemilangan budaya Melayu yang sudah ditinggalkan oleh golongan muda.

 

TEMA

 

Adab dan budaya bangsa Melayu yang perlu dipertahankan. Golongan muda perlu menjaga warisan

dan budaya bangsa.

 

PERSOALAN

 

i.   Amalan budaya Melayu dalam kalangan golongan muda yang dipinggirkan.    

generasi hari ini lebih suka terikut-ikut dengan budaya asing.

ii.        Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Gadis-gadis Melayu

dahulu digambarkan bersopan santun dan pemuda-pemudanya pula mengamalkan budaya Melayu.

iii.      Pengaruh budaya asing yang kini telah mengambil alih budaya kemelayuan.

Anak-anak muda kini lebih tertarik dengan budaya asing.

iv.      Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula.

Golongan tua yang masih menjulang budaya lama berharap agar sejarah kegemilangan

budaya Melayu dapat dikembalikan.

v.       Masyarakat kini yang kurang mempertahankan budaya tradisi. Anak-anak muda

lebih gemar alunan muzik dari barat berbanding alunan muzik tradisional.

                                                                                                                                           

 

BENTUK

 

i.            Bebas.

ii.           Terdapat lima rangkap.

iii.         Baris-baris ayat dan rima akhir.

·         Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab.

·         Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.

·         Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb.

·         Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.

·         Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.

 

 

GAYA BAHASA

 

i.         Personifikasi.

Contoh  :  seruling bambu diam keusangan,

ii.        Anafora

Contoh            :  tubuh-tubuh.

iii.      Bahasa istana 

Contoh  :  ayahanda.

iv.      Asonansi – pengulangan vokal ‘u’

Contoh  :  bersalut songket tenunan Melayu.

v.       Aliterasi – pengulangan konsonan ‘m’

Contoh  :  irama gamat menodai kedamaian.

vi.         Inversi

Contoh  :  melihat sayu Sang Sita Dewi.

vii.       Kata Ganda.

Contoh  :  tubuh-tubuh.

 

 

NILAI

 

i.         Nilai kesopanan

Contoh: Gadis duduk dengan tertib dan sopan.

ii.        Nilai kerajinan

Contoh: Pemuda rajin bekerja.

iii.      Nilai menghargai budaya

Contoh: Bangga dan menghargai pakaian tradisi dan irama Melayu.

iv.      Nilai tanggungjawab

Contoh: Bertanggungjawab menjaga warisan dan budaya bangsa.

 

PENGAJARAN

 

i.            Gadis remaja hendaklah bersopan santun dalam pertuturan seharian.

ii.           Pemuda-pemudi haruslah rajin bekerja dalam kelangsungan hidup.

iii.         Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.

iv.         Janganlah terikut-ikut dengan budaya asing yang merosakkan budaya bangsa.

v.          Janganlah kita tergamak membiarkan generasi lama bersedih melihat budaya lama dilupakan.

 

SOALAN

 

                     i.       Mengapakah manusia kini semakin melupakan adab dan warisan bangsa?

                    ii.            Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Keusangan Budaya.

 

JAWAPAN

 

                     i.            Manusia kini semakin melupakan adab dan warisan bangsa kerana mereka telah lupa asal-usul diri sendiri dan terpengaruh dengan budaya luar.

                    ii.            Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Keusangan Budaya ialah anaphora iaitpengulangan kata tiada dan kata ganda tubuh-tubuh.

 

 

 

 

  DETIK-DETIK GEMILANG

 

   PMR 2012

 

   09 - 11 Oktober 2012

   15 - 16 Oktober 2012

   (Ujian Bertulis)

 

Azbid

 
 

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com

Valid XHTML and CSS.